Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions).
Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja.
Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada sekeping LP test press 'Conception of Madness' terpampang dikedai beliau. Sayangnya LP itu bukan untuk dijual. Jadi aku pun membeli version CD yang diriliskan kembali oleh nebiula record. Selang beberapa bukan selepas itu Ada mamat di FB mengiklankan beberapa LP metal untuk dijual, antaranya adalah 'Conception of Madness'. Dengan harga RM100 aku terus sambar LP ini. Keadaan LP yang aku dapat NM complete dengan poster semua dan inlay sangat lah berbaloi.Pernah juga terlihat LP ini dijual pada harga RM350 di FB.
Comments
Post a Comment