Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia.
Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum
Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'.
Comments
Post a Comment