Aku start dengar Bob Marley kalau tak silap pada tahun 1998. Abang akulah hari-hari pasang MTV Bob Marley. Start dari situ aku mula minat dengan Bob Marley. Mula start collect barang-barang Bob Marley, pantang nampak, baik CD, kaset, vinyl, buku, poster, t-shirt asal saja ada Bob Marley habis aku beli. Selepas itu aku mula explore musik-musik reggae yang lainnya. Hasilnya bersepahlah bilik dengan barang-barang reggae, pantang pula tengok rekod-rekod reggae, hahaha. Disebabkan terlalu obses dengan musik reggae, aku mula membuat zine dan menganjurkan beberapa siri gig ska dan reggae dikawasan lembah klang. Berbalik kepada koleksi Bob Marley, tahun 2015 ni dan semperna 70 tahun kelahiran Bob Marley aku target nak complete kan album-album official Bob Marley dalam semua format (Vinyl, Kaset, CD) dan juga aku try nak dapatkan unofficial album yang bersepah-sepah dipasaran worldwide, untuk unofficial album susah untuk di complete kan walaupun kadang-kadang lagu-lagu dida...