Skip to main content

Hantu Vinyl Rock & Roll Melayu

Tahun lepas aku banyak membeli rekod vinyl (piring hitam), berbanding CD. Jika sebelum ini aku banyak membeli rekod-rekod reggae, tahun ini aku mula memvariasikan gegendang telinga aku dengan genre-genre musik lainnya seperti punk, metal dan musik rock, terutamanya musik rock melayu (rock kapak) mendengarnya dalam format vinyl. Pada awalnya aku membeli Turntable adalah untuk memutarkan rekod-rekod reggae sahaja. Bagi golongan marhain macam aku untuk membeli semua musik dalam format Vinyl adalah diluar kemampuan, jadi aku membeli musik dalam format vinyl untuk musik yang betul-betul aku minat seperti reggae, faktor harga vinyl itu sendiri yang agak mahal untuk golongan marhain macam aku untuk membeli dalam bentuk fizikal, jadi alternatif aku untuk membeli musik-musik genre lain adalah dengan membeli dalam format CD.

Dua tahun kebelakangan ini menyaksikan dunia musik kembali kepada bentuk fizikal didalam piring hitam (LP). Harga-harga pasaran untuk piring hitam melayu terutamanya rock melonjak harganya. Aku yang lambat mengumpul LP rock melayu ni terpaksa membeli dengan harga yang agak lumayan. Bagi aku dalam masalah ini 'tepuk dada tanya selera' dan 'ukur baju dibadan sendiri'. Salah satu faktor harga LP-LP ini bergitu 'keras' harganya adalah kerana mendapat banyak permintaan dari kalangan collector dan LP-LP ini agak susah hendak didapatkan kerana faktor tidak diriliskan lagi dalam bentuk piring hitam di Malaysia.

Tetapi tahun lepas aku seperti dirasuk hantu rock & roll, aku mula mencari rekod-rekod rock kapak. Membesar dengan musik-musik rock melayu dimana ketika itu adalah anthem ketika aku masih kecil dan mendengarnya kembali mengembalikan memori perjalanan aku ketika kecil. Musik-musik rock melayu ketika itu lirik-liriknya begitu puitis dan kreatif didalam seni penciptaan melodinya bagi aku.

Dua tahun kebelakangan ini menyaksikan dunia musik kembali kepada bentuk fizikal didalam piring hitam (LP). Harga-harga pasaran untuk piring hitam melayu terutamanya rock melonjak harganya. Aku yang lambat mengumpul LP rock melayu ni terpaksa membeli dengan harga yang agak lumayan. Bagi aku dalam masalah ini 'tepuk dada tanya selera' dan 'ukur baju dibadan sendiri'. Salah satu faktor harga LP-LP ini bergitu keras adalah kerana mendapat banyak permintaan dari kalangan collector dan LP-LP ini agak susah hendak didapatkan kerana faktor tidak diriliskan lagi dalam bentuk piring hitam di Malaysia.

Antara koleksi-koleksi yang berada dalam simpanan aku seperti Sweet Charity, BPR, Melissa, Lipan Bara, Febians, Rockers, Shima & The Boys, Masa Scarecrow, Naja (burnmark), U-topia, Ariwatan, Teja, Satira, Spring, Illusi, Wicitra, Joe 'burnmark', Cinema, Bahtera, Revolusi, Ruhil & Metal Child, Jessica, The Unwanted, Revolusi, Jitu, Zabarjad, Kembara, dR SAM, Poe, Discovery, Broery, Anita, Abu (loving Born), Broery, Sil Khannas, Athotorgh dan P.Ramlee.

Comments

Popular posts from this blog

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...

Febians Vinyl format

Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan  cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia. Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh  Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'.