Skip to main content

si pengila Robert Nesta Marley

Aku start dengar Bob Marley kalau tak silap pada tahun 1998. Abang akulah hari-hari pasang MTV Bob Marley. Start dari situ aku mula minat dengan Bob Marley. Mula start collect barang-barang Bob Marley, pantang nampak, baik CD, kaset, vinyl, buku, poster, t-shirt asal saja ada Bob Marley habis aku beli.



Selepas itu aku mula explore musik-musik reggae yang lainnya. Hasilnya bersepahlah bilik dengan barang-barang reggae, pantang pula tengok rekod-rekod reggae, hahaha. Disebabkan terlalu obses dengan musik reggae, aku mula membuat zine dan menganjurkan beberapa siri gig ska dan reggae dikawasan lembah klang.



Berbalik kepada koleksi Bob Marley, tahun 2015 ni dan semperna 70 tahun kelahiran Bob Marley aku target nak complete kan album-album official Bob Marley dalam semua format (Vinyl, Kaset, CD) dan juga aku try nak dapatkan unofficial album yang bersepah-sepah dipasaran worldwide,  untuk unofficial album susah untuk di complete kan walaupun kadang-kadang lagu-lagu didalam cd tu sama cuma cover album sahaja yang lain.Kalau ada rezeki lebih nak collect sekali official vintage T-shirt Bob Marley dan juga poster.


Selalunya yang rare, limited edition dan vintage ni, harganya faham-faham sajalah. Lagi-lagi kalau international artist, barang-barangnya menjadi collector bagi pengemarnya serata dunia. To be continue...
in Sha Allah...



Comments

Popular posts from this blog

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...

Febians Vinyl format

Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan  cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia. Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh  Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'.