Skip to main content

Athotorgh 'Ipoh Military Metal'

Aku bukanlah peminat berat musik metal/thrash, tapi ada juga terselit 2-3 keping LP, CD dan kaset genre musik tersebut.LP Athotorgh adalah salah satu koleksi metal tempatan yang ada dalam simpan peribadi aku. Ada juga 2-3 orang bertanya jika aku hendak menjualnya, tapi jawapan aku kepada mereka adalah 'tidak'.  Athotorgh band yang berasal dari ipoh, perak ini ditubuhkan pada tahun 1992. Memainkan irama retro death/thrash yang ketika itu dianggotai oleh Nightslayer, Promaster, Valhalla dan Dreamstone dan sempat meriliskan sebuah demo 'the rites' pada tahun 1994, Pada tahun 1995, Nightslayer dan Valhalla telah keluar dari band dan pada tahun 1996 Old-T (Wira) menyertai band. EP mereka 'Promaster Dieyana' diriliskan pada tahun 1997 oleh Ultra Hingax Productions dalam bentuk kaset

Pada tahun 2009 pihak Morbid Invansion Red dan Gempita Records telah meriliskan kembali EP ini didalam bentuk Vinyl 12" LP, juga diselitkan sebuah Extra unreleased track bertajuk 'Einch Faikel' direkodkan di Jepun pada bulan ogos 2008.
Album yang dicetak dalam kuantiti terhad, iaitu sebanyak 250 keping sahaja dan juga diberi nombor. LP ini juga telah ditandatangani oleh setiap ahli kumpulan. Thrash till death





Comments

Popular posts from this blog

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

piring hitam lagi, lagi dan lagi...

Bulan januari baru sahaja berlalu, hari ini Sudah masuk hari ke tiga bulan febuari. Bulan lepas sahaja aku sudah membeli 14 keping Vinyl (Piring Hitam). Collect benda ni aku rasa macam orang ketagih dadah. Pantang ada duit atau masuk kedai rekod mesti ada yang dibeli. Kalau masa bujang dulu membeli rekod dalam kuantiti yang banyak bukan masalah bagi aku. Orang bujang, hidupnya senang, tak ada tanggungan.Tapi bila masuk sahaja status menjadi husband & father of two sons, banyak benda yang aku kena tanggung, sebab ia adalah tanggungjawap yang aku kena pikul. Kadang-kadang pernah juga terfikir untuk stop membeli rekod dan pernah juga suatu masa dulu aku menjual rekod-rekod aku. Bila da jual mula rasa menyesal pula.Buat masa sekarang aku cuba untuk meminimise kan membeli rekod. 14 keping tu rasanya minimise kot... hehehe

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...