Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

Iron Maiden & Black Sabbath

Black Sabbath dan Iron Maiden adalah antara band heavy metal yang cukup dikenali seantero dunia. Aku bukanlah peminat tegar kedua-dua band legend ni. Seperti yang aku beritahu pada entri yang lepas-lepas, aku bukanlah seorang peminat musik metal, tetapi aku masih lagi mendengar dan memiliki beberapa keping rekod album band-band metal ini. Antaranya adalah dua album yang aku post ni... Black Sabbath vol.4 adalah album keempat kumpulan ini... sebelum ini aku juga ada memiliki beberapa keping album Black Sabbath yang lainnya, antaranya, 'black sabbath (self title) dan 'master of reality'. Tetapi kedua-dua rekod ni aku jual. Begitu juga vinyl Iron Maiden, dulu ada vinyl 7" Iron Maiden, aku jual juga... Aku kalau disuro untuk review album ni... aku tak reti Sangat... so just nk share beberapa info tentang rekod ni antaranya album Iron Maiden 'Maiden Japan' Antara yang menjadi buruan collector Iron Maiden adalah  bagi EP live ini adalah keluaran Venezuela, ke...

Nidji, Breakthru' dan vinyl

Album breakthru' dari kumpulan Nidji pada tahun lalu menyambut sepuluh tahun rilisnya album perdana kumpulan tersebut. Album yang berjaya mengangkat nama Nidji sehingga dikenali bukan sahaja di Indonesia, malah turut dikenali diMalaysia, Singapore dan juga Brunei. Sudah, Hapus Aku, Bila Aku Jatuh Cinta, Disco Lazy Time adalah lagu-lagu yang masih lagi menjadi siulan sehingga kehari ini. Sempena ulang tahun yang kesepuluhnya Nidji merayakannya dengan mengeluarkan kembali album tersebut. Apa yang menarik nya, album ini diriliskan dalam format Vinyl (piring Hitam) dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 225 keping sahaja. Album ini juga pernah meriliskan English Version album dimana semua lagu dalam album ini dinyanyikan didalam bahasa english untuk pasaran antarabangsa. Aku sekarang tengah mencari album 'breakthru' ini dalam format Vinyl untuk melengkapkan format koleksi album ini.

Green Day, The Ramones dan Morrisey

Buat pertama kali aku membeli rilisan Vinyl (LP) Record Store Day untuk tahun 2014, Jika tahun-tahun sebelumnya kebanyakkan collector membeli diatas talian, tapi pada tahun 2014, vinyl untuk rilisan RSD ada dijual di sini dan ada beberapa kedai rekod disini seperti Teenagehead Record, Tandang Store, kedai Joe's Mac dan Basement Records yang meriliskan dan merayakan RSD. Ini adalah LP RSD pertama aku Green Day : Demolicious. Album ini adalah dari sesi demo-demo album ¡UNO!, ¡DOS! dan ¡TRE!. Didalam album ini juga memuatkan 18 buah lagu dan juga previously unreleased lagu 'State Of Shock' dan versi akustik bagi lagu 'Stay The Night' dan untuk pertama kali juga vinyl Green Day ini didatangkan dengan warna merah dan dan clear. The Ramones dan Morrissey adalah nama besar dalam genre musik masing-masing. The Ramones dengan Punk Rock nya manakala Morrisey menerajui band The Smith dengan Britpop nya. Legasi yang ditinggalkan oleh super group Punk Rock ini cuk...

Carburetor DUNG dan cericeritanya...

Carburetor Dung sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam Dunia musik punk ataupun didalam circuit musik underground diMalaysia. Band yang ditubuhkan pada tahun 1991 ini pada asalnya mengunakan nama stormfish yang ketika itu dianggotai oleh Fendi - Bass, Azreen - Guitar/vocal dan Joe Mechanic. Pada tahun 1992, nama Carburetor Dung diguna pakai setelah kemasukkan Joe Kid. Debut album mereka 'Song of Friends' yang mengandungi 15buah lagu rilis pada bulan September tahun 1993 dibawah label Valentine Sound Production (VSP). Kemudiannya pada bulan May 1999, mereka meriliskan album kedua mereka 'The Allure of Manure' yang mengandungi 8buah lagu yang diriliskan dibawah label Joe, Alternative Garage Entertainment (AGE) dimana dirakamkan di Twin Studio. Ketika ini Dung terdiri daripada Fend .i - Bass, Joe - Guitar, Lee - Vocal/Guitar, Ollie - Drum. Pada tahun 2000 Hideous Rekod Dari London telah meriliskan EP 'Sheep Farming In Malaysia' dalam bentuk 7...