Skip to main content

Iron Maiden & Black Sabbath

Black Sabbath dan Iron Maiden adalah antara band heavy metal yang cukup dikenali seantero dunia. Aku bukanlah peminat tegar kedua-dua band legend ni. Seperti yang aku beritahu pada entri yang lepas-lepas, aku bukanlah seorang peminat musik metal, tetapi aku masih lagi mendengar dan memiliki beberapa keping rekod album band-band metal ini. Antaranya adalah dua album yang aku post ni...

Black Sabbath vol.4 adalah album keempat kumpulan ini... sebelum ini aku juga ada memiliki beberapa keping album Black Sabbath yang lainnya, antaranya, 'black sabbath (self title) dan 'master of reality'. Tetapi kedua-dua rekod ni aku jual. Begitu juga vinyl Iron Maiden, dulu ada vinyl 7" Iron Maiden, aku jual juga...


Aku kalau disuro untuk review album ni... aku tak reti Sangat... so just nk share beberapa info tentang rekod ni antaranya album Iron Maiden 'Maiden Japan' Antara yang menjadi buruan collector Iron Maiden adalah  bagi EP live ini adalah keluaran Venezuela, kerana cover album untuk keluaran Venezuela ini merupakan cover original artwork untuk album ini. Cover dimana Eddie (maskot Iron Maiden) sedang memegang kepala Paul  Di Anno yang diriliskan pada tahun 1987. Manakala cover yang diganti adalah cover Eddie sedang memegang pedang samurai. Untuk original Japan pressing hanya terdapat empat buah lagu dimana tidak terdapat lagu 'wrathchild'. Manakala untuk versi Venezuela aku tak pasti berapa buah track lagu didalamnya.


Rekod-rekod macam ni kalau murah selalunya aku akan beli. Takdelah reggae jew aku dengar. Tapi apa yang pasti layan rekod-rekod ni...

Comments

Popular posts from this blog

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...

Febians Vinyl format

Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan  cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia. Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh  Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'.