Skip to main content

Carburetor DUNG dan cericeritanya...

Carburetor Dung sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam Dunia musik punk ataupun didalam circuit musik underground diMalaysia. Band yang ditubuhkan pada tahun 1991 ini pada asalnya mengunakan nama stormfish yang ketika itu dianggotai oleh Fendi - Bass, Azreen - Guitar/vocal dan Joe Mechanic. Pada tahun 1992, nama Carburetor Dung diguna pakai setelah kemasukkan Joe Kid.

Debut album mereka 'Song of Friends' yang mengandungi 15buah lagu rilis pada bulan September tahun 1993 dibawah label Valentine Sound Production (VSP).



Kemudiannya pada bulan May 1999, mereka meriliskan album kedua mereka 'The Allure of Manure' yang mengandungi 8buah lagu yang diriliskan dibawah label Joe, Alternative Garage Entertainment (AGE) dimana dirakamkan di Twin Studio. Ketika ini Dung terdiri daripada Fend .i - Bass, Joe - Guitar, Lee - Vocal/Guitar, Ollie - Drum.

Pada tahun 2000 Hideous Rekod Dari London telah meriliskan EP 'Sheep Farming In Malaysia' dalam bentuk 7" Vinyl yang mengandungi 4buah lagu yang diambil dari album kedua mereka. EP ini hanya dicetak sebanyak 1000 keping Sahaja.

Pada 2011 Famed Records yang berpangkalan di Berlin, Germany telah meriliskan 10" vinyl album ketiga Dung 'inginku rejam raksasa kejam'. Vinyl ini didatangkan dengan pilihan 3warna iaitu putih, orange dan marble (white swirl/orange) yang dicetak sebanyak 600 keping vinyl.Album ini mengandungi 8buah lagu. Pada Mac 2012 Rice Cooker sebuah label milik Joe Kidd meriliskan album ini dalam bentuk CD box Dimana didatangkan dengan A2 Poster, silk screen patch dan sticker. CD ini hanya diriliskan sebanyak 1000 keeping.

Selain itu mereka juga menyumbang lagu-lagu mereka untuk album-album kompilation, soundtrack Dan split album seperti 'Dari Jemapoh Ke Manchestee', 'Radio Malaya', 'A tribute to Hijrah aka The Pilgrims', 'Mabuk Raksasa' Dan beberapa rilisan lain.

Bagi aku perjalanan cerita Carburetor Dung ini patut dibukukan Oleh sesiapa diluar Sana.kerana mereka adalah salah satu pemangkin gerakkan scene punk diMalaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...

Febians Vinyl format

Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan  cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia. Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh  Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'.