Skip to main content

Green Day, The Ramones dan Morrisey

Buat pertama kali aku membeli rilisan Vinyl (LP) Record Store Day untuk tahun 2014, Jika tahun-tahun sebelumnya kebanyakkan collector membeli diatas talian, tapi pada tahun 2014, vinyl untuk rilisan RSD ada dijual di sini dan ada beberapa kedai rekod disini seperti Teenagehead Record, Tandang Store, kedai Joe's Mac dan Basement Records yang meriliskan dan merayakan RSD.

Ini adalah LP RSD pertama aku Green Day : Demolicious. Album ini adalah dari sesi demo-demo album ¡UNO!, ¡DOS! dan ¡TRE!. Didalam album ini juga memuatkan 18 buah lagu dan juga previously unreleased lagu 'State Of Shock' dan versi akustik bagi lagu 'Stay The Night' dan untuk pertama kali juga vinyl Green Day ini didatangkan dengan warna merah dan dan clear.



The Ramones dan Morrissey adalah nama besar dalam genre musik masing-masing. The Ramones dengan Punk Rock nya manakala Morrisey menerajui band The Smith dengan Britpop nya. Legasi yang ditinggalkan oleh super group Punk Rock ini cukup kuat pengaruhnya diserata dunia, Sehinggakan Morrissey sendiri pun mengaguminya. Sebuah album tribute to The Ramones telah diriliskan dan apa apa yang menariknya dengan rilisan ini, album ini di handpicked dan curated sendiri oleh si Morrisey sebanyak 17 buah lagu. Album ini juga diriliskan dalam kuantiti terhad iaitu Hanya 9000 keping sahaja diriliskan diserata dunia. Apa yang menariknya lagi album ini turut dibawa masuk dipasaran Malaysia. Cuba ushar2 kat kedai rekod.


Comments

Popular posts from this blog

Old Automatic Garbage (OAG)

Album studio pertama OAG 'Old Automatic Garbage' adalah album yang telah menaikkan nama kumpulan ini melalui lagu hits mereka '60s TV'. Melalui album ini mereka tercalon 2 anugerah didalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 dan merangkul penganugerahan triple album. Melalui album ini juga, membuka mata dan telinga pendengar-pendengar muzik tempatan terhadap kebolehan pemuzik-pemuzik kita mencipta lagu-lagu Inggeris tempatan. OAG ketika itu dianggotai oleh Lam (bass), Chi (dram), Radhi (vokal dan gitar), Ivan (gitar) yang ketika itu masih berusia belasan tahun. Album ini diedarkan oleh Positive Tone pada bulan disember 1994.  Yang mengandungi sebelas buah lagu yang berkonsepkan '60s Crunchy Pop Fuzz'. Album ini juga merupakan antara buruan para pengemar dan pengumpul OAG. Harga untuk album ni ada yang mencecah RM350. So korang kalo ada yang terjumpa dijual pada harga yang murah sila beli Dan selamat berhibur...

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...

Febians Vinyl format

Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan  cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia. Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh  Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'.