Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Febians Vinyl format

Complete sudah untuk piring hitam kumpulan rock Febians ni... (Album Lang Buana rilis kaset dan  cd sahaja) kerana piring hitam sudah pupus masa tu di Malaysia. Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai D'Febians yang dianggotai oleh  Nasabandi Jumat - Vokalis, Aziz Mohamed - Gitaris 1, Sufian Samiran (Yan) - Gitaris 2, Harun Rahman - Bassist, Shamsuri Tahir - Drum Album pertama Febians (self title) rilis pasa tahun 1988 yang diterbitkan oleh label ASP (Antarctic Sound Production).Lagu untuk Mu Sayang merupakan lagu killer didalam album ini, dimana lagu ini telah berjaya memikat hati pendengar ketika itu. Album kedua mereka 1001 Malam meneruskan kesuksesannya kumpulan Febians dengan lagu 'Rumie dan Julie' yang diriliskan pada tahun 1989 dibawah label yang sama. Febians 'Satu Dalam Sejuta' pula diriliskan setahun kemudiannya dengan lagu hits nya 'penantian'. 

Rekod melayu 7" 45rpm

Ntah macam mana boleh terjebak membeli rekod EP 7" 45rpm melayu ni... harga vinyl 7" ini masih lagi bole di beli... kebanyakkannya Berharga sekitar rm20 kebawah aku beli... kalau harganya mencecah rm35 keatas mungkin aku tidak beli... mungkin juga kebanyakkan mereka kurang untuk mendengar dan mengumpul musik-musik melayu pop yeah yeah menyebabkan harganya tidaklah bergitu mengila, aku tidaklah terlalu obses untuk membeli sebenarnya tetapi dengan harga yang aku rasa masih rasional lebih baik aku membeli sebelum harganya naik melambung seperti harga LP rock kapak.. Mak aku adalah pendengar musik jenisan ini... jadi telinga sudah terbiasa mendengar lagu-lagu dari Ahmad Jais, dan artis-artis sewaktu dengannya... Nostalgia juga bila dengar lagu-lagu ni... Ada juga lagu-lagu ni menjadi siulan aku seperti lagu Ahmad Jais 'Azizah', 'umpan jinak di ayer tenang. Anneke Gronloh paling aku minat dalam koleksi vinyl 7" ini... Antara koleksi lain yang ada seperti Ism...

Sil Khannaz 'Conception of Madness'

Sil Khannaz adalah antara local hero metal yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Conception of Madness adalah album pertama mereka yang diriliskan pada tahun 1993, selepas melahirkan 2 buah demo iaitu 'Assasin Led By Blasphemy' (1992) dan 'Doctrine to Hell' (1990). Album ini dirakamkan pada bulan disember 1992 di King Studio, Petaling Jay dan diriliskan pada bulan febuari 1993 yang dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD format. Album ini juga terjual lebih dari 25'000 ribu unit dan juga diedarkan dipasaran serata dunia melalui pasaran underground dengan label-label dari France (Osmose Productions, U.K (Vinyl Solution & Copro), Italy (Avantgrarde Music) dan Germany (Nazgul Eyrie Productions). Pada tahun 2011 pihak gempita records meriliskan kembali album Conception of Madness dalam bentuk Vinyl (piring hitam) dimana rilisan ini adalah terhad yang dikeluarkan sebanyak 224 keping sahaja. Kalau sesiapa perasaan di kedai Jaei Nebiula Record Ada seke...

piring hitam lagi, lagi dan lagi...

Bulan januari baru sahaja berlalu, hari ini Sudah masuk hari ke tiga bulan febuari. Bulan lepas sahaja aku sudah membeli 14 keping Vinyl (Piring Hitam). Collect benda ni aku rasa macam orang ketagih dadah. Pantang ada duit atau masuk kedai rekod mesti ada yang dibeli. Kalau masa bujang dulu membeli rekod dalam kuantiti yang banyak bukan masalah bagi aku. Orang bujang, hidupnya senang, tak ada tanggungan.Tapi bila masuk sahaja status menjadi husband & father of two sons, banyak benda yang aku kena tanggung, sebab ia adalah tanggungjawap yang aku kena pikul. Kadang-kadang pernah juga terfikir untuk stop membeli rekod dan pernah juga suatu masa dulu aku menjual rekod-rekod aku. Bila da jual mula rasa menyesal pula.Buat masa sekarang aku cuba untuk meminimise kan membeli rekod. 14 keping tu rasanya minimise kot... hehehe

si pengila Robert Nesta Marley

Aku start dengar Bob Marley kalau tak silap pada tahun 1998. Abang akulah hari-hari pasang MTV Bob Marley. Start dari situ aku mula minat dengan Bob Marley. Mula start collect barang-barang Bob Marley, pantang nampak, baik CD, kaset, vinyl, buku, poster, t-shirt asal saja ada Bob Marley habis aku beli. Selepas itu aku mula explore musik-musik reggae yang lainnya. Hasilnya bersepahlah bilik dengan barang-barang reggae, pantang pula tengok rekod-rekod reggae, hahaha. Disebabkan terlalu obses dengan musik reggae, aku mula membuat zine dan menganjurkan beberapa siri gig ska dan reggae dikawasan lembah klang. Berbalik kepada koleksi Bob Marley, tahun 2015 ni dan semperna 70 tahun kelahiran Bob Marley aku target nak complete kan album-album official Bob Marley dalam semua format (Vinyl, Kaset, CD) dan juga aku try nak dapatkan unofficial album yang bersepah-sepah dipasaran worldwide,  untuk unofficial album susah untuk di complete kan walaupun kadang-kadang lagu-lagu dida...

Athotorgh 'Ipoh Military Metal'

Aku bukanlah peminat berat musik metal/thrash, tapi ada juga terselit 2-3 keping LP, CD dan kaset genre musik tersebut.LP Athotorgh adalah salah satu koleksi metal tempatan yang ada dalam simpan peribadi aku. Ada juga 2-3 orang bertanya jika aku hendak menjualnya, tapi jawapan aku kepada mereka adalah 'tidak'.  Athotorgh band yang berasal dari ipoh, perak ini ditubuhkan pada tahun 1992. Memainkan irama retro death/thrash yang ketika itu dianggotai oleh Nightslayer, Promaster, Valhalla dan Dreamstone dan sempat meriliskan sebuah demo 'the rites' pada tahun 1994, Pada tahun 1995, Nightslayer dan Valhalla telah keluar dari band dan pada tahun 1996 Old-T (Wira) menyertai band. EP mereka 'Promaster Dieyana' diriliskan pada tahun 1997 oleh Ultra Hingax Productions dalam bentuk kaset Pada tahun 2009 pihak Morbid Invansion Red dan Gempita Records telah meriliskan kembali EP ini didalam bentuk Vinyl 12" LP, juga diselitkan sebuah Extra unreleased track bertajuk ...

Hantu Vinyl Rock & Roll Melayu

Tahun lepas aku banyak membeli rekod vinyl (piring hitam), berbanding CD. Jika sebelum ini aku banyak membeli rekod-rekod reggae, tahun ini aku mula memvariasikan gegendang telinga aku dengan genre-genre musik lainnya seperti punk, metal dan musik rock, terutamanya musik rock melayu (rock kapak) mendengarnya dalam format vinyl. Pada awalnya aku membeli Turntable adalah untuk memutarkan rekod-rekod reggae sahaja. Bagi golongan marhain macam aku untuk membeli semua musik dalam format Vinyl adalah diluar kemampuan, jadi aku membeli musik dalam format vinyl untuk musik yang betul-betul aku minat seperti reggae, faktor harga vinyl itu sendiri yang agak mahal untuk golongan marhain macam aku untuk membeli dalam bentuk fizikal, jadi alternatif aku untuk membeli musik-musik genre lain adalah dengan membeli dalam format CD. Dua tahun kebelakangan ini menyaksikan dunia musik kembali kepada bentuk fizikal didalam piring hitam (LP). Harga-harga pasaran untuk piring hitam melayu terutamanya rock...